Bukan mudah untuk melayan penumpang di atas awan kerana anda memerlukan kesabaran yang tinggi apabila berdepan pelbagai kerenah penumpang.

Seorang pramugara dari negara Indonesia iaitu penerbangan Lion Air, dikenali sebagai Mas Mugara, tular di laman sosial apabila satu video mengenainya melayan seorang penumpang warga emas dengan baik dipuji warga laman sosial.

“Kagum melihat dedikasi seorang pramugara yg dgn sabar melayani nenek dgn usia 117 tahun yg tidak mau pasang sabuk pengaman padahal pesawat telah take off dan nenek minta kembali turun dari pesawat, dgn perlakuan penuh kasih sayang diberi minum, disuapi makan dgn lembut seperti merawat orang tua sendiri,” tulis seorang pengguna Instagram, @armainiimay.

Selain itu, seorang pengguna Twitter, @the4rel, turut berkongsi video Mas Mugara menyuap warga emas berkenaan makan dan minum dengan penuh kasih sayang serta ikhlas sambil tersenyum gembira.

Semoga video ini dapat memberi contoh terbaik buat kita semua agar melayan orang tua dengan baik tidak kira siapa pun mereka.

Sumber: IG armainiimay