Sejak kebelakangan ini terdapat banyak kes kemalangan maut melibatkan pemandu mabuk melanggar orang awam.

Mangsa atau ahli keluarga boleh mengemukakan tuntutan sivil bagi menuntut pembelaan atas kecuaian pemandu mabuk yang menyebabkan kecederaan atau kematian.

Timbalan Pengarah (Penguatkuasaan/Kawalan Lalu Lintas/Pengurusan Saman) Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik(JSPT) Bukit Aman, Datuk Mohd Nadzri Hussain, menyatakan bahawa mangsa serta keluarga mangsa mempunyai hak untuk membuat tuntutan itu bagi membela nasib.

“Pihak polis hanya melakukan siasatan berpandukan peruntukan undang-undang dalam menentukan pihak mana yang melakukan kesalahan atau kecuaian,” ujarnya.

“Manakala pihak keluarga mempunyai hak untuk membuat tuntutan sivil dan berjumpa pihak guaman yang akan membantu memfailkan saman sivil berkenaan,” jelasnya.

“Mungkin dengan cara itu boleh membantu pihak keluarga mangsa. Namun ia bergantung kepada sejauh mana pembuktian kecuaian yang akan diputuskan oleh mahkamah,” katanya.

Sumber: Harian Metro