Pada 24 September lalu, sebuah rakaman video tular di media sosial menunjukkan dua anggota polis Indonesia lengkap memakai pakaian seragam dengan selamba memasuki masjid sambil memakai kasut semasa protes membantah pindaan Kitab Undang-Undang Hukum Pidana (RKUHP) atau kod jenayah baharu dan beberapa rang undang-undang lain di sekitar Dewan Perhimpunan Sulawesi Selatan, Indonesia.

kompas.com

Berikutan itu, dua anggota polis berkenaan dihukum penjara 14 hari gara-gara memakai kasut ketika memasuki sebuah masjid di Makassar kerana menangkap mahasiswa Indonesia yang menyertai protes pada bulan lepas.

Menurut jurucakap polis, Dicky Soendani, menjelaskan bahawa tindakan tatatertib itu diambil selepas siasatan dibuat terhadap kes tersebut yang pada awalnya melibatkan empat anggota keselamatan, semalam.

“Bukti berdasarkan rakaman video menggunakan telefon bimbit menunjukkan hanya dua anggota yang terlibat dan mereka bakal dikenakan tindakan disiplin tegas. Seorang daripadanya sudah ditahan,” ujarnya.

“Mereka sudah memohon maaf dan sedia bertanggungjawab atas perbuatan itu,” jelasnya lagi.

Sumber: Sinar Harian