Hari ini, menteri Kanan(Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, mengesahkan bahawa tiada had masa dikenakan terhadap kenderaan persendirian selepas pukul 10 malam.

Menurutnya tiada had masa bagi kenderaan persendirian bergerak selepas waktu tersebut termasuklah dari daerah ke daerah lain.

“Ini termasuk pergerakan antara daerah ke daerah juga dibebaskan.Jadi tiada had jangka masa untuk keluar dalam peraturan baru ini,” ujarnya.

Sumber: Harian Metro