Pisang goreng merupakan makanan ringan yang begitu diminati oleh segenap lapisan masyarakat. Seorang pengguna Facebook, Nieza Nor Hamnira, berkongsi resepi pisang goreng rangup yang mudah untuk anda cuba.

Bahan

Bahan A
500 gm tepung gandum
3 sudu besar tepung jagung
3 sudu besar susu tepung
1 sudu teh soda bikarbonat
Sedikit garam

Bahan B
Air biasa untuk merendam pisang

Cara-cara

– Pisang dibelah empat secara panjang-panjang.
– Sediakan bahan A, gaul rata.
– Sediakan satu bekas air biasa.
– Masukkan pisang ke dalam mangkuk bahan A. Gaul kering hingga salut kesemua pisang.
– Masukkan pisang yang bersalut kering itu ke dalam air.

– Angkat dan toskan.
– Panaskan minyak.
– Ulang tiga kali proses masukkan pisang yang bersalut tepung kering ke dalam air dan angkat serta toskan sehingga salutan pisang jadi tebal.

– Goreng hingga keemasan.
– Angkat dan toskan minyak.

– Boleh dihidang begitu sahaja atau letak topping seperti susu pekat, parutan cheese, milo dan sebagainya.
– Selamat mencuba! 🙂

Sumber: FB Nieza Nor Hamnira