Jerawat merupakan perkara yang paling digeruni terutama bagi kaum wanita. Selain boleh menimbulkan rasa kurang keyakinan diri, jerawat juga boleh membuatkan seseorang itu rasa tidak selesa dengan penampilan mereka.

Di luar sana terdapat banyak produk menghilangkan jerawat. Tapi adakah ia betul betul selamat? Kalau anda was-was, jom guna bahan yang berasaskan sumber natural yang dijamin selamat.

1. Pes serbuk kunyit

rootofscience.com

Ambil sesudu kecil serbuk kunyit, gaulkan dengan campuran air dan juga madu. Biarkan di muka selama 5 minit. Kemudian bilas. Jerawat akan cepat mengecut.

2. Jus daun pudina

noperfectdayforbananafish.tumblr.com

Blend daun pudina bersama sedikit air. Tapis airnya kemudian lumurkan pada seluruh muka. Lakukan sebelum tidur dan biarkan semalaman. It is so refreshing. Jerawat pun segan nak tumbuh.

3. Jus buah lemon

theglitterguide.com

Perah jus lemon di atas cotton ball. Tekap pada jerawat selama 15 minit dan bilas. Lakukan dua tiga kali sehari untuk kesan yang cepat. Lemon mengandungi Vitamin c yang dapat membantu untuk menghapuskan jerawat dan memudarkan parut jerawat.

4. Madu

madaenoire.com

Ambil sedikit madu dan tekap pada muka dengan menggunakan cotton pad. Kemudian bilas muka anda.

5. Pes serbuk kayu manis

organicauthority.com

Bancuh sesudu kecil serbuk kayu manis, sesudu madu ataupun jus lemon dan sapu pada jerawat. Seeloknya gunakan pes serbuk kayu manis ini sebelum tidur.

6. Kulit buah oren

shape.com

Selalu kalau makan buah oren mesti kulitnya akan dibuang kan? Kulit buah oren sangat bagus untuk mengecutkan jerawat. Blend kulit oren bersama air. Ambil pes oren tersebut dan sapu pada jerawat.

7. Ais

ediblehi.com

Letak ais pada jerawat anda. Ais akan membantu mengecilkan jerawat dan juga pori. Pasti lebih flawless.

Selamat mencuba!

Sumber: SirapLimau.Com