Terbaru, sebuah pesawat Boeing 737 Ukraine International yang membawa 180 penumpang dikatakan baru saja berlepas dari Lapangan Terbang Imam Khomeini, Iran, sebelum terhempas di negara tersebut.

Difahamkan, pesawat itu dilaporkan terhempas kerana mempunyai masalah teknikal dan sedang menuju ke Kiev.

Sebuah rakaman video di Twitter tular kerana ia dikatakan merakam pesawat Ukraine International terbakar sebelum terhempas serta meletup di kawasan berdekatan video rakaman itu diambil.

Walau bagaimanapun, perkembangan mengenai isu ini masih lagi dikemaskini dari semasa ke semasa. Buat masa ini, semua laluan penerbangan telah dilencongkan daripada kawasan ‘panas’ di negara berkenaan.

Sumber: Oh! Media & Twitter