Sebuah pesawat Lion Air JT-610 terhempas ke dalam laut beberapa minit selepas berlepas dari Jakarta pada awal pagi tadi.

Sebelum pesawat Lion Air JT-610 terhempas ke dalam laut beberapa minit selepas berlepas dari Jakarta pagi tadi, juruterbang pesawat dilaporkan memberi indikasi untuk pulang ke pangkalan.


Menurut Pengarah Jabatan Penerbangan Awam dari Kementerian Pengangkutan Indonesia, Sindu Rahayu, juruterbang pesawat JT-610 memberi indikasi untuk kembali ke Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta sebelum ia dipercayai hilang dari radar.

Difahamkan, pesawat tersebut dipercayai membawa penumpang seramai 178 orang dewasa, seorang kanak-kanak, dua bayi, dua juruterbang dan lima kru penerbangan.


Kini, pasukan mencari dan menyelamat menuju lokasi dipercayai jatuhnya pesawat Lion Air JT610 di perairan Tanjung Karawang, Jawa Barat.

Sumber: Astro Awani