Kurang lebih 23 hari lagi umat Islam akan menyambut Ramadhan Al Mubarak. Adakah kita sudah bersedia?

Ramadhan, bulan yang penuh keberkatan serta banyak kelebhannya. Pada bulan ini, Allah membuka pintu syurga, menutup pintu neraka, mengikat syaitan-syaitan untuk memberi peluang kepada manusia membersihkan diri.

Persediaan yang rapi dan terancang sangat penting untuk menjayakan Ramadhan pada tahun ini. Jangan disia-siakan peluang kali ini kerana mungkin inilah Ramadhan terakhir untuk kita.

Berikut merupakan beberapa persediaan untuk menyambut Ramadhan yang mulia.

dailymoslem.com

1. Jaga kesihatan

Anda perlu menjaga kesihatan sebaik mungkin supaya tidak terlepas peluang untuk melakukan ibadat. Bulan Ramadhan khususnya merupakan bulan untuk mengumpul pahala sebanyak mungkin. Jadinya, jangan lupa jaga kesihatan supaya tak terlepas melakukan ibadah seperti solat tarawikh.

2. Semak hukum hakam

Semak semula hukum-hakam yang berkaitan dengan pengertian puasa, hikmah, rukun dan perkara perkara yang boleh membatalkan puasa agar ibadah yang dilakukan tidak sia-sia.

3. Amalan sunat

Ambil tahu amalan sunat yang digalakkan seperti bersedekah dan membaca al quran serta amalan terpuji yang lain.

4. Jaga tutur kata

Jaga percakapan dan juga lidah dari perkara keji seperti mengumpat dan menghina.

5. Persiapan rohani

Persiapan rohani penting untuk melaksanakan segala ibadah yang ada dalam bulan Ramadhan ini perlu mempunyai keihlasan hati dan tidak merasa terbeban kerana tidak menikmati makanan pada siang hari dan tidak merungut semasa berpuasa.

Sesungguhnya berpuasa itu bukan sekadar menahan lapar, tetapi mengajar manusia supaya lebih bersabar dan juga belajar menahan nafsu.

Sumber: AkuIslam.Com