Pelaksanaan larangan merokok di premis makanan yang baru saja dikuatkuasa bermula 1 Januari lepas mendapati beberapa individu telah dikenakan kompaun kerana merokok di tempat yang dilarang.

Difahamkan,  sebanyak 85 kompaun dikeluarkan dalam operasi dilakukan terhadap 305 premis makanan di seluruh Selangor, beberapa hari lalu.

Pengarah Jabatan Kesihatan Selangor, Datuk Dr Khalid Ibrahim, sebanyak 40 premis makanan diperiksa dalam Operasi Bersepadu Kementerian Kesihatan Malaysia(KKM) berkaitan kesalahan merokok di sekitar daerah  Kajang, Selangor.

“Daripada jumlah itu, enam individu yang dikenakan kompaun adalah remaja bawah umur termasuk berusia 15 tahun,” ujarnya.

“Bagi individu bawah umur, mereka hanya dikenakan kompaun sebanyak RM50 dan boleh didakwa ke mahkamah sekiranya gagal membuat pembayaran,” jelasnya.

Untuk pengetahuan anda, perokok berumur bawah 18 tahun akan dikenakan kompaun RM50 jika mereka didapati merokok dalam premis makanan.

Mengikut peraturan yang dikuatkuasakan oleh KKM, tiada peruntukan diskaun sama sekali ke atas mereka yang dikenakan kompaun.

Sementara itu, dalam Peraturan 11(1)(d) iaitu kesalahan merokok di tempat makan, perokok yang melanggar peraturan itu dikenakan kompaun RM150 bagi kesalahan pertama, kesalahan kali kedua RM250 dan ketiga RM350.

Mereka yang melakukan kesalahan pertama akan diberikan diskaun sekiranya membayar kompaun dalam tempoh satu bulan, namun bagi kesalahan kedua dan ketiga tiada diskaun diberikan.

Sumber: Harian Metro