Setiap orang ada kisah tersendiri mengenai pekerjaan pertama mereka dan pastinya akan diingati sampai bila-bila. Begitu juga penyanyi terkenal, Amy Search, masih mengingati hari pertama bekerja dalam hidupnya dulu.

instagram.com

Menurut vokalis kumpulan Search itu, dia takkan lupa hari pertama dia bekerja sebagai buruh kasar di tapak perumahan bertempat di Johor Bahru.

“Kerja pertama aku sebagai buruh kasar di tapak perumahan baru di Taman Iskandar, Pasir Pelangi dengan budak-budak kampung aku,” ujarnya di laman Instagram.

Selepas bekerja sebagai buruh kasar, Amy memberitahu dia bekerja sebagai pengimpal dan kemudian sebagai mat despatch.

“Kerja yang terakhir sebelum aku ke dunia seni aku kerja sebagai piano tuner di Yamaha Music. Hari ini bila aku toleh belakang aku senyum sebab dengan impian, doa dan restu yang bawa aku ke sini,” tambahnya.

Amy Search dilihat sempat memberi ucapan sempena Hari Buruh semalam kepada para peminatnya yang berada di Malaysia, Indonesia, Singapura dan Brunei.

Sumber: mStar