Kini sudah ada pelbagai destinasi percutian yang menawarkan percutian bajet sesuai untuk mereka yang suka bercuti secara backpack atau secara bajet.


Seorang pengguna Twitter, @nadzmiiii, berkongsi tips percutian bajet ke negara jiran, Thailand semasa bercuti ke Hatyai dan Songkla, baru-baru ini.

Perjalanan ke Hatyai hanya menaiki keretapi dari ETS KL Sentral ke Padang Besar dan kemudian ke Hatyai. Harga tiket juga agak murah berbanding menaiki kereta jika anda mahu bercuti secara bajet.

Selain itu, Nadzmi turut berkongsi itinerari sepanjang berada di Hatyai selama tiga hari termasuk makanan-makanan yang enak di sana.

Menurutnya, banyak muslim street food dan Asean night bazaar di sana yang anda boleh cari serta mencuba makanan tempatan yang halal di sana.

Walaupun hanya bercuti tiga hari sahaja, namun dia dilihat dapat menikmati pelbagai jenis makanan dan bersiar-siar di sekitar kawasan Hatyai termasuk floating market.

Selain itu, dia turut memberi tips berguna kepada mereka yang mahu bercuti di sana seperti membawa soket 2-pin, waktu perjalanan keretapi, bawa duit tunai dan banyak lagi.

Sumber: Twitter @nadzmiiii