Terbaru, sebanyak empat negeri menunjukkan kemajuan dalam mengekang penularan wabak Covid19 iaitu negeri Kedah, Kelantan, Perak serta Pulau Pinang.

Menurut laman Facebook Public Health Malaysia, keempat-empat negeri tersebut mempunyai kemajuan dari segi kes aktif berbanding kes positif kumulatif terdahulu.

“Definisi kes aktif adalah kes yang telah dijangkiti dan masih mendapat rawatan di hospital,” jelasnya.

Menurutnya, kes positif di Perak ialah 252 kes dengan 25 kes aktif manakala Kelantan pula 155 kes positif Covid-19 dengan aktif 16 kes aktif.

“Kedah mencatatkan 94 kes positif dan 11 kes aktif. Pulau Pinang mencatatkan kes aktif 14 dengan 119 kes positif,” ujarnya.

Sementara itu, Sarawak memiliki peratusan pesakit yang masih dirawat tertinggi iaitu 82.4 peratus manakala Selangor pula mencatatkan kes positif tertinggi dengan 1,340 kes positif Covid-19.

Sumber: Harian Metro & FB Page Public Health Malaysia