Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Kamarudin Jaffar, menjelaskan bahawa peraturan baru mengenai cermin gelap akan diumumkan awal bulan depan.

Gambar sekadar hiasan

Menurutnya, dasar baru yang hampir muktamad itu akan menekankan isu ketelusan dari segi proses permohonan disamping meningkatkan hasil kerajaan.

“Sejak Mei 2018, kerajaan Pakatan Harapan telah membekukan kelulusan permohonan baharu penggunaan cermin gelap kerana terdapat ketirisan dan kelemahan pada dasar yang sedia ada,” katanya.

Difahamkan, peraturan sedia ada yang diguna pakai ketika ini adalah di bawah Kaedah-Kaedah Kenderaan Motor (Larangan Mengenai Jenis-Jenis Kaca Tertentu) 1991 (pindaan 5 Februari 2016) iaitu cermin depan 70 peratus, cermin sisi pemandu (50 peratus) dan cermin sisi belakang dan cermin sisi belakang penumpang (30 peratus).

Sumber: Astro Awani