Bulan depan, pihak Jabatan Agama Islam Negeri Perak akan melancarkan program e-Jodoh dan Modul Poligami secara serentak.

Menurut pengarahnya, Datuk Mohd Yusop Husin, memberitahu tujuan program tersebut adalah untuk memudahkan individu bujang mendapat pasangan hidup di samping memberi pencerahan berkaitan poligami menerusi modul yang diperkenalkan.

Gambar sekadar hiasan

“Matlamat e-Jodoh ini untuk orang yang susah mencari jodoh, dia boleh mendaftar biodata di laman web itu nanti. Mungkin dia inginkan ciri-ciri isteri atau suami yang khusus, boleh kita padankan mengikut kesesuaian mereka,” ujarnya.

Selain itu, Modul Poligami pula bukanlah untuk menggalakkan lelaki berkahwin ramai, tetapi untuk menjelaskan poligami daripada hukum syarak.

“Modul ini mengandungi bagaimana poligami itu dibolehkan dalam hukum syarak, dan undang-undang termasuk persediaan dan membuktikan poligami itu bagaimana, supaya tidak timbul tanggapan tidak baik tentang sesuatu yang dibolehkan,” jelasnya.

Sumber: Astro Awani