Menteri Pendidikan Malaysia, Dr. Maszlee Malik, memberitahu kepada orang ramai menerusi akaun laman Twitter miliknya awal pagi tadi bahawa peperiksaan bagi murid darjah 1, 2 dan 3 akan dimansuhkan tahun depan.


Menurutnya, peperiksaan tersebut akan digantikan dengan pentaksiran yang lebih objektif bermula awal tahun 2019.

Dilihat ramai yang bersetuju dengan cadangan Maszlee yang dianggap satu usaha bagus untuk mengurangkan beban peperiksaan di samping dapat memperkenalkan pentaksiran baru.

Malah, ada yang berpendapat modal insan juga penting untuk pelajar-pelajar zaman sekarang selain silibus pelajaran yang semakin tinggi.

Sumber: Twitter @maszlee