Ibu bapa pasti akan mendodoikan anak dengan lagu-lagu menenangkan ataupun zikir bagi serta lagu berbentuk ketuhanan bagi yang beragama Islam.

Baru-baru ini, seorang penyanyi tamil dari Kerala, India, ini tular di laman sosial kerana dia mendedahkan lagu dodoi anaknya yang seakan lagu zikir Hasbi Rabbi.

Menurut seorang pengguna laman Twitter, @iamjayrahman, berkongsi video penyanyi tersebut menyanyikan sedikit lagu yang digunakan untuk mendodoi anaknya.

“Sithara krishnakumar(non muslim), penyanyi latar popular di Kerala, India. Dalam program ni pengacara tanya, apakah lagu yang dinyanyikan untuk mendodoikan anaknya,” tulisnya.

Jika dengar lagu yang didendangkan, ia jelas sama seperti lagu zikir Hasbi Rabbi. Beberapa warga laman sosial turut tertanya-tanya jika Sithara mengetahui maksud di sebalik lagu zikir berkenaan.

Selain itu, ada juga seorang warga laman sosial bertanya jika ia kelihatan seperti mempermainkan agama Islam. Mungkin Sithara tidak mengetahui maksud sebenar lagu zikir itu, namun kita doakan yang baik-baik untuk dia dan keluarganya. Tak salah kita husnuzon kan…

Sumber: Twitter @iamjayrahman