Penunggang motosikal seringkali dikaitkan dengan kemalangan kerana mereka lebih terdedah dengan bahaya berbanding mereka yang memandu kereta. Malah, sudah banyak kemalangan maut terjadi di negara ini membabitkan penunggang motosikal.

Disebabkan itu, Jabatan Keselamatan Jalan Raya(JKJR), berusaha untuk mengkaji kertas kerja untuk mengehadkan penggunaan lorong kiri khas untuk pengguna motosikal bagi mengurangkan kadar kemalangan yang melibatkan motosikal.

Difahamkan, pihak JKJR juga telah berbincang mengenai pelaksanaan langkah keselamatan tersebut bersama beberapa pihak NGO dan persatuan motosikal.

Ketua Pengarah JKJR, Datuk Rosli Isa, memberitahu bahawa beberapa faktor perlu diambil kira untuk melaksanakan langkah itu seperti menetapkan had laju motosikal.

Antara langkah-langkah yang mungkin akan diambila ialah kelajuan motosikal 150cc ke bawah dihadkan kepada 70km/j saja.

Walau bagaimanapun, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, memberitahu kertas kerja masih lagi dalam tahap perbincangan serta belum ada tarikh rasmi yang ditetapkan untuk melaksanakan cadangan tersebut.

Sumber: The Vocket & Bernama