Seorang pelajar berusia 19 tahun di sebuah Institusi Pengajian Tinggi(IPT) Dungun, Terengganu, mendakwa digoda secara seksual oleh seorang pensyarah berusia 50-an.

Gambar sekadar hiasan

Difahamkan, pensyarah itu juga didakwa menawarkan perkhidmatan ‘Sugar Daddy’ (lelaki kaya menyara wanita) kepada pelajar perempuan tersebut.

Suspek dikatakan mengajak mangsa ke biliknya sebelum bercerita tentang perkhidmatan Sugar Daddy yang ditawarkan pada 23 Jun lalu.

Malah, dia turut menyatakan akan membayar RM500 setiap bulan sebagai bayaran sekiranya mangsa bersetuju dengan tawarannya.

Gambar sekadar hiasan

Pelajar tersebut yang enggan menyerah dengan nafsu pensyarah berkenaan telah menolak tawaran itu dan segera keluar dari bilik suspek sebelum dia tiba-tiba bertindak memegang bahu dan cuba mencium mangsa.

Walau bagaimanapun, mangsa berjaya mengelak sebelum segera keluar dari bilik berkenaan dan terus membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Dungun pada 24 Jun lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, ACP Razmi Mohd Gunnos, mengesahkan pihaknya menerima laporan tersebut.

Sumber: Astro Awani