Bermula 1 Julai depan, semua pengusaha restoran di negara ini dikehendaki untuk mengambil tukang masak warga tempatan, menurut Kementerian Sumber Manusia.

Mengikut menterinya, M. Kulasegaran, pengusaha restoran diberi masa sehingga hujung tahun ini untuk mematuhi syarat tersebut.

“Jadi kita mahu penduduk tempatan bekerja sebagai tukang masak. Tidak akan ada kompromi. Kami memberi anda notis untuk melakukannya sebelum 31 Disember. Jika anda tidak melakukannya, kami tidak boleh bantu,” lapornya kepada Bernama, semalam.

Selain itu, peraturan tersebut dikenakan agar dapat memastikan kualiti makanan terjamin di samping dapat mengurangkan kebergantungan restoran tempatan kepada tenaga kerja asing.

Tambahnya, peraturan baru itu hanya membenarkan penduduk tempatan sebagai tukang masak di semua restoran bakal berkuat kuasa pada 1 Jan tahun depan.

Sumber: mStar