Kisah peperangan di bumi Gaza, Palestin masih berterusan sehingga ke hari ini dan seorang rakyat Malaysia, Muhammad Nadir Al-Nuri Kamarulzaman, 31 tahun, masih berjuang di sana walaupun sudah lima tahun menolong penduduk Palestin.

Nadir memberitahu dia mengutip kutipan sumbangan orang ramai melalui Persatuan Cinta Gaza Malaysia (PCGM) sejak tahun 2013.

“Benar banyak badan bukan kerajaan memainkan peranan membantu rakyat Palestin dengan projek besar seperti bina masjid, sekolah dan asrama tetapi bagaimana pula nasib mereka yang tidak mempunyai makanan di rumah,” katanya sambil menjelaskan bantuan diterima juga “bermusim” di mana mereka mendapat banyak bantuan ketika peperangan tetap sebaliknya selepas peperangan berakhir.

Menurutnya, dia akan membantu mereka yang tiada makanan di rumah, selimut ketika musim sejuk dan khemah untuk berlindung disebabkan rumah mereka dibedil tentera Zionis melalui PCGM.

Selain itu, dia juga membuat beberapa program bagi menonjolkan Palestin di mata dunia seperti program Uji Bakat Star Of Gaza, Pusat Kebudayaan Malaysia di Gaza, Bilik Berita Palestin dan Projek Baik Pulih Rumah.

Tambah anak muda yang berasal dari Bangi, Selangor ini, sesiapa yang mahu memberi sumbangan boleh menyumbang ke akaun Maybank PCGM iaitu 564810507826.

Sumber: Harian Metro