Susulan kejadian menyayat hati enam anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) yang maut akibat lemas di lombong Taman Putra Perdana, Puchong pada malam semalam, pagi ini kesemua jenazah diberi penghormatan sebelum dibawa ke kampung halaman masing-masing untuk dikebumikan.

hmetro.com.my

Kesemua mangsa maut semasa dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang remaja yang dipercayai terjatuh dalam lombong berkenaan.

Mangsa-mangsa terkorban dikenali sebagai Mohd Fatah Hashim, 34 tahun, Izatul Akma Wan Ibrahim, 32 tahun, Mazlan Omarbaki, 25 tahun, dan Yahya Ali, 24 tahun, dari Balai Bomba dan Penyelamat Pelabuhan Klang.

Twitter Bernama

Dua lagi mangsa adalah dari Balai Bomba dan Penyelamat Shah Alam yang dikenal pasti sebagai Adnan Othman, 33 tahun, dan Muhammad Hifdzul Malik Shaari, 25 tahun.

Difahamkan, jenazah anggota bomba tersebut selamat tiba di Balai Bomba Seksyen 15, Shah Alam sekitar pukul 8.20 pagi tadi.

utusan.com.my

Suasana hiba menyelubungi perkarangan balai tersebut sebaik sahaja selesai solat jenazah yang dipimpin Penguasa Bomba, Kor Agama, Luqman Bin Ramli.

Sumber: Astro Awani