Pengguna bagi perkhidmatan digital asing seperti Netflix, Spotify dan banyak lagi bakal dikenakan cukai sebanyak enam peratus bermula 1 Januari tahun depan selepas Dewan Rakyat meluluskan Rang Undang-undang Cukai Perkhidmatan (Pindaan) 2019, hari ini.

freemalaysiatoday.com

Menurut Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Amiruddin Hamzah, menjelaskan bahawa ia memastikan satu ekosistem yang seimbang diwujudkan.

“Ini bukan cukai baharu tapi kita luaskan skop kepada penyedia perkhidmatan ini yang berada di luar ngeara yang menyediakan perkhidmatan ini,” ujarnya.

“Contoh perkhidmatan digital adalah seperti langganan muzik dan video atas talian, langganan e-book, penggunaan platform e-marketplace, langganan sistem storan berasaskan perkomputeran awan (cloud computing) serta pembelian perisian komputer secara atas talian,” jelasnya.

Gambar sekadar hiasan

“Pengguna Malaysia ditentukan berdasarkan kaedah pembayaran, alamat Internet Protocol (IP) atau nombor peranti mudah alih yang digunakan semasa pembelian/langganan perkhidmatan digital serta sama ada pengguna tersebut menetap di Malaysia,” sambungnya.

Difahamkan, cukai perkhidmatan tersebut hanya dikenakan ke atas perkhidmatan digital yang disediakan oleh pemberi perkhidmatan asing kepada pengguna Malaysia, sama ada pengguna individu ataupun pengguna perniagaan.

Untuk pengetahuan anda, perkhidmatan digital adalah satu perkhidmatan yang diberikan melalui internet atau rangkaian elektronik yang tidak boleh diperolehi tanpa penggunaan teknologi maklumat.

Sumber: Astro Awani