Hari ini pengasuh Adam Rayqal Mohd Sufi, Noor Aqilah Abd Rahman, 33 tahun, didakwa di Mahkamah Sesyen Selayang atas dua tuduhan menyebabkan kecederaan dan melupuskan mayat mangsa awal bulan ini.

Walau bagaimanapun, Aqilah mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan selepas tuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Syafeera Mohd Said.

youtube.com

Menurut kertas pertuduhan, Aqilah didakwa menganiaya mangsa sehingga menyebabkan kecederaan di kepala allahyahram Adam di mana dia didakwa mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun atau denda atau kedua-duanya.

Selain itu, dia turut didakwa melupus mayat Adam Rayqal dengan niat menyembunyikan kematian mangsa supaya terlepas daripada hukuman dan didakwa mengikut Seksyen 201 Kanun Keseksaan, yang boleh dihukum penjara maksimum tiga tahun dan denda.

Sumber: Harian Metro