Siapa tidak kenal dengan kuih keria gula melaka yang begitu popular di Melaka dan menjadi tumpuan pelancong yang bercuti di negeri itu.

Terbaru, pengasas Kuih Keria Antarabangsa, Rahmah Dollah, 73 tahun, meninggal dunia di Hospital Melaka akibat serangan jantung, tengah malam Ahad lalu.

Allahyarhamah meninggal dunia pada pukul 12.57 tengah malam kelmarin selepas dimasukkan ke wad sejak 16 Jun lalu akibat serangan jantung.

Menurut anak ketiga arwah, Junaidah Jalil, 43 tahun, ibunya menghidap sakit jantung sejak enam tahun lepas dan mengadu sakit di bahagian dada pada hari raya kedua.

mamapipie.com

Selepas itu, ibunya dikejarkan ke Hospital Melaka dan ditempatkan di Unit Rawatan Rapi Koronari (CCU) selama lima hari sebelum dipindahkan ke wad biasa selepas keadaannya stabil.

“Semalam(Sabtu) kami jumpa arwah masih boleh bercakap. Tiba waktu malam arwah kena serangan dan kritikal,” katanya sambil memberitahu allahyarhamah tiba-tiba diserang sakit jantung pada malam kejadian.

Tambahnya, ibunya telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Limbongan Permai, Melaka semalam. Takziah diucapkan kepada keluarga arwah Hajah Rahmah.

Sumber: Astro Awani