Bukan mudah untuk dapat pengiktirafan dari luar negara dan seorang pengarah filem dari Malaysia berjaya memenangi anugerah di Festival Filem Manhattan baru-baru ini.

Sebelum ini, pengarah Malaysia yang menetap di New York, Dharius Zulkefli, pernah memenangi anugerah Suntingan Terbaik untuk filem pendek, Kun Fa Yakun di Festival Filem Antarabangsa United (UIFF).

Terbaru, Dharius mendapat pengiktirafan anugerah kategori Drama Keluarga Terbaik menerusi filemnya bertajuk The Selfish Ones.

“Saya perlu buktikan kemampuan artistik saya adalah suatu yang unik. Menjadi warga asing, apa yang penting Malaysia memberikan elemen unik yang sebenar terhadap sesuatu subjek dan saya sampaikan pada penonton Amerika dan Barat untuk berhibur,” ujarnya sambil memberi nasihat kepada penggiat filem muda sentiasa menonton filem pada setiap hari.

Menurutnya, dia mendapat banyak pengajaran daripada filem baru dan lama serta tidak takut untuk gagal atau disingkirkan kerana itu adalah proses pembelajaran untuk pembuat filem sepertinya.

Sumber: Astro Gempak