Kisah perkahwinan antara lelaki berusia 41 tahun bersama kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun tular di laman sosial baru-baru mendapat perhatian ramai pihak.

Ibu kepada kanak-kanak itu memberitahu dia akan membawa anak perempuannya pulang ke Thailand tak lama lagi selepas segala urusan selesai di sini.

akakdisebalikpintu.blogspot.com

“Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) membuat lawatan ke rumah keluarga berkenaan dan memberi kaunseling dua kali,” ujar Unit Komunikasi Korporat, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM).

Sebelum ini, kanak-kanak perempuan tersebut dibawa menjalani pemeriksaan kesihatan di Hospital Kuala Krai pada 4 Julai lepas.

akakdisebalikpintu.blogspot.com

“Pakar Kesihatan Kanak-Kanak Hospital Kuala Krai mengesahkan tiada tanda mencurigakan atau menunjukkan kanak-kanak itu pernah didera atau dicederakan,” jelasnya.

Selain itu, KPWKM terus memantau perkembangan kanak-kanak itu dari semasa ke semasa, malah kes ini turut mendapat perhatian daripada Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Dr Wan Azizah Dr Wan Ismail.

siakapkeli.my

Untuk pengetahuan anda, anak-kanak itu berkahwin dengan seorang lelaki tempatan berasal dari Kelantan berusia 41 tahun di sebuah masjid di Kampung Padang Nyor berdekatan Sungai Golok, Thailand, pada 18 Jun lalu.

Sumber: Harian Metro