Perhatian bagi penerima Bantuan Prihatin Nasional 2.0 (BPN), proses pembayaran bantuan tersebut untuk fasa pertama telah pun dimulakan secara berperingkat bermula 19 Oktober lalu melibatkan 3.7 juta penerima kategori isi rumah dan 3.8 juta penerima kategori bujang.

Gambar sekadar hiasan

Menurut Kementerian Kewangan, pembayaran dimulakan lebih awal daripada tarikh yang disasarkan iaitu 26 Oktober depan memandangkan ramai penerima bantuan.

“Ini adalah hasil usaha pegawai-pegawai kementerian, Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan institusi kewangan yang memastikan agar sistem pembiayaan tersedia secepat mungkin demi membantu kesemua 10.6 juta penerima BPN 2.0 dalam fasa pertama ini,” ujarnya.

“Pembayaran sedang dibuat secara berperingkat dengan mengutamakan golongan B40,” jelasnya.

“Bagi golongan M40, pembayaran telah bermula semalam membabitkan 1.4 juta penerima kategori isi rumah dan 1.7 juta penerima kategori bujang,” katanya.

“Memandangkan jumlah besar penerima, proses pengkreditan bayaran BPN 2.0 akan berterusan dan dijangka diselesaikan sebelum hujung bulan ini,” sambungnya.

Selain itu, mana-mana penerima yang bantuan mereka gagal dikredit akan dapat menuntut bayaran tunai di cawangan Bank Simpanan Nasional(BSN) pada tarikh yang akan diumumkan kelak.

“Memandangkan beberapa negeri sedang dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), pihak BSN akan mengeluarkan panduan prosedur operasi standard (SOP), seperti sebelum ini,” tambahnya lagi.

“Ingin diingatkan juga bahawa tempoh permohonan baharu untuk BPN2.0 masih dibuka sehingga 15 November ini,” ujarnya.

Sumber: Berita Harian