Baru-baru ini, penduduk di Hong Kong bergotong-royong membersihkan sebuah masjid yang disembur air biru oleh pihak berkuasa ketika menyuraikan tunjuk perasaan pada hujung minggu lalu.

Mereka dilihat mengelap pagar besi dan mencuci tangga serta jalan di hadapan Masjid Tsim Sha Tsui yang masih mempunyai kesan warna biru.

Seorang penduduk yang dikenali sebagai Chan, memberitahu bahawa dia tidak tahu mengenai Islam dan tidak tahu masjid adalah tempat orang Islam beribadat.

“Kami berasa bersalah kerana tidak dapat melindungi masjid ini dan ia tidak sepatutnya terbabit dengan masalah ini,” ujarnya.

republika.co.id

Semasa kejadian, pihak polis melepaskan meriam air berwarna biru ke arah penunjuk perasaan di Kowloon untuk meleraikan mereka.

Walau bagaimanapun, meriam air tersebut terkena pintu depan masjid dan beberapa orang termasuk wartawan berkumpul di hadapannya.

Insiden itu menyebabkan pemimpin Hong Kong, Carrie Lam, meminta maaf dan berjanji bahawa polis akan melindungi rumah ibadat.

Sumber: Harian Metro