Sejak kebelakangan ini, aplikasi FaceApp nampaknya menjadi trending dalam kalangan rakyat negara ini termasuklah golongan selebriti.

Namun, beberapa pendakwah bebas menerangkan hukum penggunaan aplikasi berkenaan adalah haram.

Pendakwah bebas, Dr Nur Mohammad Hadi, dan Pencetus Ummah(PU), Syed Bakri Al-Yahya, menjelaskan mengenai hukum penggunaan aplikasi tersebut dengan lebih lanjut.

“Kita menggunakan aplikasi ini daripada seorang lelaki bertukar menjadi seorang perempuan. Dan fitrah kita lelaki Allah jadikan kita lelaki tiba-tiba kita pergi tukar kepada perempuan dan pergi sebarkan pula di media sosial. Jadi menampakkan keaiban kita daripada muka kita lelaki bertukar perempuan atau perempuan bertukar lelaki, itu hukumnya haram,” ujar Dr Nur.

Walaupun guna aplikasi itu untuk simpanan peribadi, ia tetap menjadi perbuatan yang dibenci dalam agama Islam.

View this post on Instagram

Hukum tasyabbuh ( menyerupai) jantina lain walaupun melalui main² Baca betul² dan tolonglah sedor Hukum tasyabbuh adalah HARAM berdasarkan hadis Nabi Sallallahu ‘Alaihi Wasallam عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا، قَالَ: لَعَنَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الْمُتَشَبِّهِينَ مِنَ الرِّجَالِ بِالنِّسَاءِ، وَالْمُتَشَبِّهَاتِ مِنَ النِّسَاءِ بِالرِّجَالِ Daripada sayyidina Ibnu ‘Abbas Radhiyallahu ‘Anhuma, katanya, “Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam melaknat lelaki yang meniru-niru gaya perempuan, dan perempuan yang meniru-meniru gaya lelaki.” . Janganlah meniru² permainan dan gaya hidup orang kafir yg tiada halal dan haram dalam hidup mereka. Apa sahaja aplikasi baru yg muncul mesti ada (selllokk) nak cuba dan tiru dgn alasan saje main², tanpa risau hukum hakam yg terdapat di dalamnya Belajarlah, bertanyalah, kita bukan takde ulama dlm Malaysia ini, jangan jadi jahil selamanya, kelak akan rugi di Dunia lagi malang rugi di Akhirat Syed Bakri Al-Yahya #AdeAmbeTakut #BiarTahuJanganDokTahu

A post shared by Syed Bakri Al-Yahya (@syedbakri_alyahyaofficial) on

Sementara itu, Syed Bakri turut menjelaskan hukum Tasyabbuh berdasarkan hadis Nabi Muhammad SAW.

“Daripada sayyidina Ibnu ‘Abbas Radhiyallahu ‘Anhuma, katanya, Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam melaknat lelaki yang meniru-niru gaya perempuan, dan perempuan yang meniru-meniru gaya lelaki,” tulisnya di akaun Instagram miliknya.

“Janganlah meniru-niru permainan dan gaya hidup orang kafir yang tiada halal dan haram dalam hidup mereka. Apa sahaja aplikasi baru yang muncul mesti ada (selllokk) nak cuba dan tiru dengan alasan saja main-main, tanpa risau hukum hakam yang terdapat di dalamnya,” sambungnya lagi

Sumber: Berita Alhijrah & IG syedbakri-alyahyaofficial