Kumpulan Wang Simpanan Pekerja(KWSP) bakal memperkenalkan kategori pengeluaran baharu kepada pasangan yang menjalani rawatan kesuburan seperti rawatan persenyawaan tabung uji atau in-vitro fertilisation(IVF).

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, menyatakan bahawa pelepasan cukai pendapatan sehingga RM6,000 yang diberikan ke atas perbelanjaan rawatan perubatan untuk penyakit serius, akan diperluaskan untuk merangkumi kos rawatan kesuburan, semasa membentangkan Belanjawan 2020, semalam.

“Hari ini kadar kesuburan di Malaysia menurun dengan ketara daripada 4.9 bayi pada 70-an kepada 1.9 bayi bagi setiap wanita, iaitu di bawah paras penggantian,” ujarnya.

Diharapkan dengan berita baik ini dapat membantu pasangan suami isteri di luar sana yang sudah lama menunggu kehadiran cahaya mata untuk mencuba rawatan IVF dengan mengeluarkan sebahagian wang daripada KWSP.

Sumber: Harian Metro