Penampilan Duchess of Sussex, Meghan Markle, berselendang semasa menziarahi masjid tertua di Afrika Selatan, Auwul, di Bo-Kaap, mendapat pujian ramai.

Ia mengingatkan orang ramai terhadap kenangan ibu suaminya, mendiang Puteri Diana, yang memakai selendang semasa melawat Masjid Badshahi di Lahore, Pakistan, pada tahun 1991.

Malah, Puteri Diana turut mengenakan selendang ketika berada di masjid al-Azhar di Kaherah, Mesir, setahun selepas itu.

Untuk pengetahuan anda, lawatan diraja jelajah Afrika Selatan selama 10 hari Meghan Markle dan suaminya, Putera Harry, telah pun bermula di bandar Cape Town sejak Isnin lalu.

Agama Islam mula diperkenalkan di Afrika Selatan oleh pemimpin Islam yang hidup dalam buangan dan hamba abdi pada penghujung tahun 1600-1700-an.

Sumber: Sinar Harian