Pemohonan baru bagi Bantuan Prihatin Nasional(BPN) 2.0 terutama di kawasan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat(PKPB) dan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan(PKPD) di beberapa negeri dan kawasan adalah amat digalakkan membuat permohonan secara dalam talian.

Gambar sekadar hiasan

Menurut kenyataan Lembaga Hasil Dalam Negeri(LHDN), permohonan dalam talian lebih digalakkan buat masa ini untuk memastikan rantaian penularan wabak Covid19 dapat diputuskan.

“Permohonan baharu boleh dibuat mulai 15 Oktober sehingga 15 November depan dan penerima BPN sedia ada tidak perlu mengemukakan permohonan semula sekiranya telah menerima bayaran sebelum ini,” tulisnya.

Difahamkan, pemohon baru BPN 2.0 boleh merujuk kepada Soalan Lazim (FAQ) yang telah dimuat naik di portal rasmi BPN bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai bantuan tersebut.

Gambar sekadar hiasan

Selain itu, sebarang pertanyaan serta maklumbalas berkaitan boleh dilakukan melalui Hasil Care Line di talian 03-8911 1000 atau 603-8911 1100 (Luar Negara), HASiL Live Chat dan Borang Maklum Balas di portal rasmi LHDN.

Terdahulu, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, mengumumkan pada 23 September lalu mengenai BPN 2.0 dengan jumlah bantuan yang akan disalurkan adalah RM1,000 kepada 3.7 juta isi rumah B40, RM500 kepada 3.8 juta kumpulan B40 bujang, RM600 kepada hampir 1.4 juta isi rumah M40 dan RM300 kepada 1.7 juta kumpulan M40 bujang.

Untuk pengetahuan anda, bayaran BPN 2.0 akan dibuat dalam dua ansuran iaitu pada hujung bulan ini dan pada Januari tahun depan.

Sumber: Harian Metro