Pelakon Saharul Ridzwan kelihatan bahagia bersama keluarga kecilnya dan jarang kita lihat wajahnya di kaca televisyen sekarang ini.
Baru-baru ini Saharul dipuji oleh warga laman sosial kerana membawa anaknya pergi ke kelas mengaji al-Quran bersamanya.
Dia juga ada memuatnaik video di laman Instagram mengenai dia sedang mengikuti kelas mengaji al-Quran dengan ustaz Ahmad Tarmizi Abdul Rahman sambil membawa anaknya, Luth Ali, sekali.
“Alhamdulillah. Selesai kelas mengaji Al-Quran. Ini pun tak habis belajar lagi. Baru nak sebut huruf tu dengan betul. Selama ni ingat bacaan kita betul, banyak yang tak betul rupanya,” katanya.
Berikutan itu, peminat-peminat Saharul memuji tindakannya itu dan mendoakan anaknya menjadi anak yang alim dan soleh satu hari nanti.
Sumber: Astro Gempak