Kini pasti ramai pembuat kuih raya sedang sibuk menyiapkan pesanan terutama daripada pelanggan-pelanggan setia kuih raya anda.

Selain itu, ada juga yang terlalu sibuk bekerja hingga lupa untuk membeli kuih raya, jadi hanya membeli kuih ‘tunjuk’ saja di kedai-kedai berdekatan.

Anda peminat biskut coklat cip Famous Amos? Apa kata anda cuba buat sendiri biskut coklat cip ala Famous Amos untuk raya yang bakal tiba ini:

Bahan

Bahan A:
1/4 cawan gula kastor
1/2 cawan gula perang
1/2 cawan mentega (75gm)
1/2 cawan minyak jagung
1 biji telur gred B
1/4 sudu kecil garam
1/2 sudu besar susu segar atau susu tepung
1/2 sudu kecil esen vanila

Bahan B:
2 cawan tepung gandum (diayak)
1 sudu besar serbuk koko (diayak)
1 sudu besar tepung jagung (diayak)
1/2 sudu kecil krim tartar Nona (atau ganti cuka atau Lemon)
1/2 sudu kecil soda bikarbonat
1/2 cawan walnut cincang/kacang badam
1 cawan coklat cip

Cara-cara

– Satukan semua bahan A ke dalam mangkuk besar.
– Whisk hingga sebati.
– Ayak tepung gandum dengan serbuk koko, tepung jagung, soda bikarbonat dan serbuk krim tartar.
– Kacau menggunakan spatula.
– Kemudian, masukkan pula walnut cincang dan cip coklat.
– Bulatkan adunan menggunakan tangan atau menggunakan sudu.
– Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 160C selama 15 minit hingga 20 minit.
– Bakar adunan selama 20 minit.
– Angkat dan sejukkan dulu di atas jaring.

– Siap! 😉

Sumber: Fb Resepi Pembuka Selera