Acara lelong ikan tuna sudah menjadi tradisi rakyat Jepun memandangkan makanan sushi berasal dari negara matahari terbit itu.

Difahamkan, ikan tuna berkualiti tinggi akan dijual dalam acara lelong di pasar terkemuka Jepun dan kebanyakan tuna yang dilelong mencecah jutaan Ringgit.

Baru-baru ini, seekor ikan tuna seberat 613 pound telah berjaya dibeli oleh pemilik Sushi Zanmai, Kiyoshi Kimura, dengan harga $3.1 juta (RM12.74 juta) di acara lelongan Tsukiji Fish Market.

Menurutnya, pembelian tuna terbaru itu dikatakan lima kali ganda lebih mahal berbanding apa yang dia jangkakan. Namun, tujuan pembelian tersebut lebih kepada status simbol serta menawarkan yang terbaik buat bisnes rangkaian makanannya.

Tuna yang dibeli akan dibawa terus ke restorannya yang terletak berdekatan dengan pasar berkenaan. Selain itu, harga tuna yang semakin mahal dikatakan berpunca daripada pengurangan ikan tuna di lautan Jepun.

Sumber: The Vocket