Bayi yang menghidap kanser mulut Germ Cell Tumor, Ainul Mardhiah Ahmad Safiuddin, sembilan bulan, dilaporkan selamat menjalani pembedahan di hospital kanak-kanak London, United Kingdom.

Menurut akaun laman sosial Instagram ibu Ainul, Nurul Erwani Zaidi, dia berasa bersyukur kerana pembedahan anaknya berjalan seperti yang dirancang.

“Alhamdulillah semua dipermudahkan. Ainul stabil, cepat-cepat sihat ya Ainul. Nanti kita boleh balik Malaysia jumpa kawan-kawan Ainul,” katanya yang turut berterima kasih kepada semua doktor yang terlibat.

“Syukur, perancangan Allah paling indah sekali. Teruskan selit doa untuk Ainul di setiap solat kita. Ainul perlukan semangat kita untuk dia terus kuat. Terima kasih semua,” ujarnya.

View this post on Instagram

Alhamdulillah, Ainul, you’re strong baby girl! 😭 After about 5 hours of battling in theatre, the tumour (weigh 200g) was successfully removed. You could not imagine how anxious I was, whilst in theatre. Such a tiny baby, so delicate, so beautiful — “don’t worry baby, everyone is here to help you”. Because it was such a high risk operation, a lot of preparations needed to be done before the operation to ensure that baby Ainul was safe. A lot of planning, a lot of scans, a lot of meetings and a lot of patience. The team included surgeons from various specialties (including craniofacial, plastics and head and neck consultants) led by Prof David Dunway and Mr Juling Ong. I was very honoured to be part of the surgical team. Ainul is currently being monitored post-operatively and she’s stable. When I stepped out from theatre and saw Ainul’s parents, I couldn’t control my emotions. It was a mixed feeling, such an emotional journey and an uplifting experience at the same time. Ainul, Wani and Safi are like my own family. Let’s pray for Ainul’s recovery. Thank you for all your prayers. 🙏🏽 (Consent was given by Ainul’s parents for this story to be on IG)

A post shared by Dr. Amalina (@dramalinabakri) on

Selain itu, Doktor Amalina Che Bakri, yang turut sama membantu dalam kes adik Ainul itu turut menjelaskan ketumbuhan seberat 200 gram dalam mulut Ainul berjaya dikeluarkan selepas pembedahan yang mengambil masa lima jam.

Difahamkan, pembedahan yang dilakukan merupakan pembedahan berisiko tinggi memerlukan banyak persiapan sebelum pembedahan untuk memastikan keadaan adik Ainul selamat.

“Banyak perancangan, banyak imbasan, banyak perbincangan dan banyak kesabaran,” sambungnya sambil berkata pasukan perubatan tersebut diketuai oleh Profesor David Dunway dan Dr Julian Ong.

“Saya tidak dapat mengawal emosi sebaik keluar dari bilik pembedahan dan melihat ibu bapa Ainul. Perasaan saya bercampur-baur, satu perjalanan yang cukup emosi dan menggembirakan pada masa sama,” jelasnya.

“Doakan untuk Ainul sembuh. Terima kasih di atas doa anda,” tambahnya yang telah menganggap adik Ainul seperti keluarganya sendiri.

Kini, adik Ainul dipantau selepas pembedahan berjaya dilakukan dan dilaporkan berada dalam keadaan stabil.

Sumber: mStar