Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah, menitahkan agar semua masjid di negeri Pahang mengadakan solat hajat, bacaan Yasin, tahlil dan doa selamat selepas solat Maghrib mulai hari ini.

Gambar sekadar hiasan

Difahamkan, titah itu bertujuan untuk mendoakan kesembuhan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, yang sedang menjalani rawatan di Institut Jantung Negara(IJN).

Pengelola Bijaya Diraja Sultan Pahang, Datuk Ahmad Khirrizal Ab Rahman, menyatakan bahawa solat hajat bagi tujuan itu akan diadakan selepas solat Jumaat esok.

Gambar sekadar hiasan

“Semoga Allah mengurniakan kesembuhan segera buat Al-Sultan Abdullah serta melindungi negara dan Pahang daripada segala bencana, wabak, malapetaka serta huru-hara,” ujarnya.

Al-Sultan Abdullah yang juga Sultan Pahang dimasukkan ke Wad Diraja IJN selepas baginda mengadu kurang selesa dengan kesihatan, kelmarin.

Al-Sultan Abdullah dinasihati agar diawasi oleh doktor pada ketika ini namun baginda tidak berada dalam keadaan yang membimbangkan.

Sumber: Harian Metro