Baru-baru ini pengguna Twitter tersentuh hati dengan seorang pemandu Uber benama Onur yang berpangkalan di London.

Segalanya bermula apabila @lilghostgirl, menaiki Uber yang dipandu Onur terlihat satu nota yang digantung di kerusi, menjelaskan bahawa dia mempunyai masalah pendengaran, tetapi kekurangan itu tidak menghalangnya untuk menjadi pemandu Uber yang baik.

Twitter @lilghostgirl

Bagi penumpang yang tidak mahir dengan BSL (Bahasa Isyarat British) Onur menjelaskan bahawa mereka masih boleh berkomunikasi dengannya sama ada melaui mesej teks ataupun notepad yang boleh ditunjukkan kepadanya apabila kereta berhenti.

Dia juga berharap agar semua penumpang berasa selesa dan mereka boleh menggunakan kabel AUX untuk memainkan muzik ketika menuju ke destinasi.

Onur telah menjadi ‘selebriti segera’ di Twitter dan telah berkongsi pujian yang diterima di akaun peribadinya. Dia yang kurang aktif di Twitter terpaksa meluangkan sedikit masa untuk membalas beberapa komen pengguna selepas notanya tular.

Malah model dan pelakon Nyle DiMarco juga telah menggunakan platformnya untuk membicangkan tentang masalah pendengaran dan mencadangkan pertemuan dengan Onour apabila tiba di London.

Onur telah membuktikan bahawa orang yang kurang pendengaran masih boleh mencari rezeki setanding dengan orang yang normal. Pokok pangkalnya, jangan mudah mengalah dan harus rajin ya!

Sumber: mStar