Bagaimana agaknya rasa brownies yang diletakkan terung kan? Namun, ia merupakan satu langkah bijak untuk ibu bapa yang mengalami kesukaran untuk memberi anak-anak makan sayur.

sbs.com.au

Seperti kita sedia maklum, terung tidak mempunyai rasa kuat, jadi ia tidak menjadi masalah jika dicampurkan dalam adunan brownies. Jom cuba!

Bahan

paleowithmrsp.com

1 biji terung
225gm cip coklat separuh manis
45gm coklat hitam
6 sudu besar sirap maple
1 sudu kecil ekstrak vanila
1 cawan tepung badam
3 biji telur
1/4 cawan serbuk koko
1 sudu kecil garam kosher

Cara-cara

– Panaskan ketuhar pada suhu 180C.
– Potong terung dan buang kulit serta biji. Potong kecil-kecil.
– Kukus terung selama 20 minit atau hingga lembut.
– Campurkan terung ke dalam mesin pengisar bersama 110g coklat cip, coklat hitam, sirap maple dan ekstrak vanila.
– Kisar selama tiga minit dan sebati.
– Pukul telur dalam mangkuk, masukkan tepung badam, serbuk koko, garam dan kacau semua bahan.
– Tambah bancuhan tepung dan masukkan lebihan coklat cip tadi.
– Pindahkan adunan ke dalam dulang ketuhar yang disapu minyak dan ratakan. Letak tambahan coklat cip jika mahu.
– Kemudian, bakar adunan selama 35 minit. Sejukkan selama 20 minit sebelum potong.
– Siap! 🙂

Sumber: Fb Tasty Vegetarian