Kini, pelancong beragama Islam yang ingin melancong ke Arab Saudi menggunakan visa pelancong boleh menunaikan umrah di Mekah dan Madinah tanpa perlu menggunakan visa umrah pada bila-bila masa pada sepanjang tahun.

Keputusan tersebut diambil merupakan salah satu usaha kerajaan Saudi untuk mewujudkan sejuta pekerjaan dan menerima 100 juta pelancong menjelang tahun 2030.

Antara ciri penting lain adalah wanita tidak perlu ditemani saudara lelaki selain daripada musim haji dan tidak perlu penaja(kafeel) seperti yang diperlukan untuk bekerja.

Pengerusi Suruhanjaya Pelancongan dan Warisan Kebangsaan Saudi(SCTH), Ahmad Aqil Al-Khatib, menjelaskan bahawa Arab Saudi meraikan visa pelancong untuk semua pelawat dari seluruh dunia.

“Kami mengalu-alukan pelancongan menjadi sumber pendapatan utama dan mesin untuk mewujudkan banyak pekerjaan untuk rakyat tempatan,” ujarnya.

Untuk pengetahuan anda, visa pelancong juga tidak mengecualikan mana-mana agama atau kepercayaan dan pelancong boleh melakukan lawatan berganda sepanjang tahun dengan syarat setiap lawatan tidak melebihi 90 hari.

Sumber: Sinar Harian