Terbaru, kerajaan Arab Saudi akan membenarkan pelaksanaan ibadah umrah mulai 4 Oktober depan secara berperingkat sepanjang tahun.

astroawani.com

Difahamkan, ia diputuskan oleh Kementerian Dalam Negeri negara berkenaan selepas ibadah itu ditangguhkan selama tujuh bulan akibat wabak Covid19.

“Bagi peringkat pertama, sebanyak 6,000 orang rakyat dan penduduk Arab Saudi dibenarkan untuk menunaikan umrah setiap hari mulai 4 Oktober,’ menurut kenyataan rasmi kementerian, lapor Saudi Press Agency.

astroawani.com

Walau bagaimanapun, bagi pengunjung dari luar negara dibenarkan menunaikan umrah mulai 1 November apabila bilangan individu yang dibenarkan dinaikkan kepada 20,000 sehari.

Selain itu, umrah akan dibenarkan pada kapasiti penuh selepas pandemik Covid19 dihapuskan nanti.

Sumber: Harian Metro