Pelakon drama bersiri popular 7 Hari Mencintaiku 2 yang melakonkan watak Pak Andak, Mohd Idris Mohd Diah, 61 tahun, meninggal dunia di Putrajaya pada pukul 2.30 pagi tadi.

Anak Allahyarham yang dikenali sebagai Alia, menyatakan bapanya didapati tidak sedarkan diri kira-kira pukul dua pagi sebelum mereka menghubungi ambulans.

Kemudian, pasukan perubatan yang tiba mengesahkan allahyarham meninggal dunia pukul 2.30 pagi. Menurut Alia, bapanya tidak mempunyai selera makan sejak tiga lepas.

Berita kematian allahyarham Idris dimaklumkan melalui ucapan takziah rakan-rakan artis serta penerbit drama buat ahli keluarga Allahyarham.

Antaranya yang mengucapkan takziah adalah pelakon drama bersiri Gerak Khas, Zulkifli Ismail, Kay Maria dan penerbit Raja Azmi.

Difahamkan, jenazah allahyarham akan disolatkan di Masjid Al-Faizin, Kepong, Kuala Lumpur dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Lagong, hari ini.

Untuk pengetahuan anda, allahyarham Idris pernah berlakon dalam filem Janin pada 2010 selain pelbagai drama bersiri dan telefilem popular antaranya Cucu Tauke Beras, Menantu Bilal, Andainya Takdir, Love You Mr Arrogant dan Zahir Tak Terucap.

Selain itu, Allahyarham juga pernah berkhidmat sebagai pustakawan di Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas).

Sumber: Harian Metro