Pelajar sekolah tidak perlu mengapur kasut putih lagi bermula tahun depan kerana Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik, membenarkan semua pelajar sekolah rendah dan menengah untuk memakai kasut berwarna hitam.

Menurutnya, peraturan baru itu dibuat selepas dia menerima banyak keluhan daripada ibu bapa dan penjaga sejak dilantik sebagai menteri.

Gambar sekadari hiasan

“Ramai ibu bapa, terutamanya kaum ibu menyuarakan hal ini, jadi kami di pihak kementerian akan membenarkan semua pelajar menggunakan kasut berwarna hitam mulai tahun hadapan,” ujarnya.

“Antara pembaharuan lain yang akan kami lakukan adalah memastikan meringankan beg sekolah para pelajar, menambah baik kurikulum sekolah agar lepasan sekolah kebangsaan bertaraf antarabangsa, dan mengembalikan profesion guru kepada guru, bermaksud tidak membebankan mereka dengan kerja selain mengajar,” katanya.

Ini adalah langkah-langkah dilakukan supaya memastikan sekolah kebangsaan kembali menjadi pilihan ibu bapa menghantar anak-anak mereka menuntut ilmu.

Sumber: Harian Metro