Dua orang pelajar perempuan Melayu dari negara ini yang mewakili pasukan debat Universiti Pengajian Antarabangsa Beijing (BFSU) muncul juara dalam Pertandingan Debat Bahasa Mandarin Pelajar Antarabangsa di China pada Khamis lalu.

Pelajar tersebut, Nur Afifah Elias and Arina Safwah Jailan dinobat juara selepas menang dalam lima perbahasan terakhir bertemakan “Penularan di Media Sosial: Barah atau Penawar?” sekaligus membuktikan kesungguhan kedua-duanya berjaya menguasai Bahasa Mandarin dengan cemerlang.

Menurut kenyataan Education Malaysia Beijing (EMB), kedua-dua pelajar dari Malaysia ini telah menunjukkan bahawa kualiti dan potensi pelajar Malaysia sama dengan negara-negara membangun yang lain.

“Kedua-duanya telah membuktikan penguasaan bahasa Mandarin mereka, dan mencipta sejarah untuk BFSU dengan kemenangan mereka,” ujarnya.

Pertandingan tersebut yang berlangsung sejak 15 April sehingga 15 Jun lalu menyaksikan pasukan debat terdiri daripada wakil 16 universiti terkemuka di daerah Beijing yang datang dari pelbagai negara contohnya Malaysia, Jepun, Sweden dan Australia.

Sumber: New Straits Times