Bukan mudah untuk mendapat markah tertinggi dan penuh dalam peperiksaan terutama peperiksaan antarabangsa kerana kita perlu mengikut standard antarabangsa yang lebih sukar.
Namun, pelajar Malaysia, Siti Nadiah Sh Salleh, 19 tahun, berjaya mendapat markah tertinggi iaitu 100% dalam peperiksaan perakaunan Institut Akauntan Bertauliah England dan Institut Perakuan Kewangan, Perakaunan dan Perniagaan, Wales (ICAEW CFAB).
Berikutan itu, Nadiah tergolong dalam 50 pelajar elit dari seluruh dunia yang telah mendapat skor penuh dalam peperiksaan ICAEW CFAB di peringkat global.
Untuk pengetahuan anda, peperiksaan ICAEW CFAB terdiri daripada enam subjek asas iaitu Perakaunan, Maklumat Pengurusan, Prinsip Cukai, Jaminan, Perniagaan dan Kewangan dan Undang-undang, untuk mendapat kelayakan Akauntan Bertauliah ICAEW.
Selain itu, Nadiah turut dianugerahkan sebagai Top of Class Excellence for Accounting oleh Pengarah Eksekutif Pembelajaran dan Pembangunan Profesional ICAEW, Mark Protherough, di sebuah majlis di Shah Alam baru-baru ini atas pengiktirafan terhadap kecemerlangannya.
Sumber: Says