Siapa sangka pelajar berbangsa Cina, Por Hui Ling, 11 tahun, dari Sekolah Kebangsaan (SK) Tok Jiring, Kuala Terengganu, Terengganu, memperoleh keputusan cemerlang 8A dalam peperiksaan Ujian Penilaian Kelas Kafa (UPKK) tahun ini yang diumumkan semalam.

Dia mendapat keputusan semua A dalam mata pelajaran Ulum Syariah, Jawi dan Khat, Bahasa Arab, Penghayatan Cara Hidup Islam, Adab, Amali Solat, Sirah dan Al-Quran.

ohmedia.my

Meskipun latar belakang keluarganya beragama Buddha, pencapaian Hui Ling itu sebenarnya umpama mengulangi kejayaan abangnya, Por Jie Hua, 14 tahun, yang mendapat 5A 3 B dalam peperiksaan sama tiga tahun lalu.

Menurutnya, dia mula mengikuti kelas KAFA ketika berada di Tahun Dua selepas mendapat dorongan daripada kedua ibu bapanya mempelajari sesuatu yang baharu dan mengeratkan lagi persahabatan dengan rakan di sekolah.

satujohor.net

Walaupun berdepan banyak kesukaran pada peringkat awal, dengan usaha gigih, tunjuk ajar serta bantuan guru serta rakan lain, Hua Ling berjaya menguasai kemahiran membaca dan menulis Jawi dengan baik dan lancar.

“Pada mulanya saya agak keberatan untuk mengikuti kelas KAFA tetapi ibu bapa dan abang selalu memberi galakan kerana jika pelajar Melayu boleh mempelajari Bahasa Cina dengan baik kenapa pula kami tidak boleh.

“Saya juga selalu mengajar adik bongsu (lelaki), Por Jing Yi, 6 tahun, menulis Jawi di rumah dan nampaknya dia juga berminat untuk sertai kelas KAFA dua tahun lagi kerana sekarang ini dia masih di pra-sekolah,” katanya yang juga boleh membaca Al-Quran.

Sumber: Astro Awani