Sekarang ini kita melihat banyak kes buli, terutamanya di sekolah. Buli bukan hanya terjadi dalam peringkat sekolah menengah, tetapi juga kepada kanak-kanak seawal sekolah rendah juga, seperti Iman Hasya yang baharu sahaja berusia 8 tahun. Umar Wafi Zulkafri,12, dan adiknya kini bersekolah di Sekolah Rendah Islam Hira’ Klang.

Umar Wafi Zulkafri yang tidak tahan melihat adiknya menjadi mangsa buli, mencipta alat penggera yang membenarkan guru bergegas ke tempat kejadian dan mengambil tindakan yang sepatutnya. Alat itu dibina bersama dua lagi rakannya Muhammad Irfan Nazrin Mohd Nizaar dan Muhd Waseem Zainol.

Alat penggera yang dibina oleh 3 pelajar itu mempunyai 2 butang kini dipasang di 2 kelas terpilih dan berhampiran tandas. Kedua-dua butang mempunyai fungi berbeza berdasarkan jenis buli yang dilakukan, butang pertama untuk kategori buli secara lisan dan butang kedua untuk buli secara fizikal.

Sebaik sahaja butang tersebut ditekan, lokasi penggera yang ditekan dan jenis buli yang dilakukan akan dihantar terus ke bilik guru dan telefon bimbit guru. Setakat ini hanya penggera di tandas staf lelaki yang boleh menerima penggera tersebut kerana kekurangan dana.

Wafi juga berkaya dirinya akan berusaha untuk menambah baik operasi CCTV untuk gambar yang lebih jelas. Usaha 4 kanak-kanak ini melayakkan mereka memperoleh Gold Award dan Best Performance Award di Smart Selangor Young Innovator for Primary School.

Sumber: The Vocket