Sempena sambutan Hari Krismas tidak lama lagi, pihak Polis Diraja Malaysia(PDRM) menawarkan potongan diskaun sehingga 50 peratus bayaran pelbagai jenis saman trafik (saman terpilih).

Gambar sekadar hiasan

Menurut satu poster disiarkan di media sosial rasmi PDRM, bayaran boleh dibuat di Dataran Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik(JSPT) Kuala Lumpur pada 24 dan 26 Disember ini dari 8.30 pagi sehingga 4.00 petang.

Gambar sekadar hiasan

Namun, terdapat saman yang tidak layak untuk mendapat diskaun tersebut antaranya ialah saman kemalangan, saman berstatus NC(No Compoundable), saman berstatus waran tahun semasa, saman dalam perbicaraan, saman ops selamat tahun semasa dan saman berstatus mahkamah serta saman berkaitan lori.

Difahamkan tawaran itu juga dilakukan bersempena Hari Bertemu Pelanggan bersama Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik(KJSPT) Kuala Lumpur Asisten Komisioner Zulkefly Yahya.

Sumber: Harian Metro & Bernama