Berikutan video tular mengenai anggota polis sedang merokok di sebuah restoran baru-baru ini, pihak Polis Diraja Malaysia(PDRM) akan mengambil tindakan kepada pegawai atau anggotanya yang terlibat dalam video tersebut.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun, memberitahu bahawa tindakan tersebut adalah satu tindakan yang tidak beretika dan salah di sisi undang-undang.

Gambar sekadar hiasan

Oleh itu, pihaknya akan menyiasat di mana lokasi kejadian serta siapa pegawai terlibat yang melakukan kesalahan berkenaan.

“Kita akan ambil tindakan. Kerajaan dah kuat kuasa larangan, papan tanda itu perlu dipatuhi semua pihak termasuk anggota dan pegawai PDRM terutama mereka yang beruniform,” ujarnya.

Sumber: Astro Awani